Jumaat, Mei 15, 2009

sekian lama

dah agak lama aku rasa aku tak update blog aku ni.yelah, setelah bermacam-macam perkara yang terjadi dalam hidup aku. sampai sekarang pun aku tak tahu dah apa yang aku nak luah dalam blog nih.

yelah, nanti orang bosan pulak baca blog aku yang tak habis-habis cerita pasal hidup aku. hurmmm.tapi kan ini blog aku, aku punya sukalah nak tulis apa kan?

*senyum kelat

apa nak jadi dengan aku sebenarnya ni?

betul orang cakap, tak ada siapa yang akan bantu kita selain dari kita sendiri,

semua dari diri kita, bukan orang lain. 

setelah bermacam kejadian yang menimpa aku,aku jadi kosong. sekosong kosongnya.

sampai dah tak ada satu isi pun yang tinggal.

perasaan? entah apa perasaan aku sekarang ni pun aku tak tau.

aku terasa macam aku selama ini berdiri dengan pura-pura, sebab aku sendiri tak tahu perasaan aku apa.

aku gembira aku ketawa, tapi untuk apa ya aku ketawa? (yelah, orang buat lawak bodoh, aku ketawa lah)

aku sedih aku menangis, tapi untuk apa aku menangis? (orang buat aku macam haram, jadik aku menangis, tapi betul ke aku nak menangis?atau sengaja nak tarik perhatian orang?)

aku geram aku marah, tapi untuk apa aku marah-marah? (orang tak nak dengar cakap aku, saja sakitkan hati aku, memang aku marah, tapi betul ke aku marah? ke aku saja nak suruh orang tu keluar dari hidup aku?)

entahlah, aku sendiri tak tahu apa tujuan aku untuk hidup sekarang? ibaratnya aku hidup hanya untuk hidup semata di atas bumi ini.dosa pahala aku tolak ketepi.

tapi sampai bila? terkadang aku terfikir bila aku nak menjauhi hidup yang begini. jadi seorang manusia, takkan kerana kisah silam aku terus jadi begini. nampak sangat aku ni tak kuat.

walhal orang lain yang tengok aku semua cakap aku kuat sebab dah macam-macam benda yang dah jadi kat aku. aku tetap elek-elek je.yeke? kuatkah aku? aku rasa tak lagi.

Tuhan dah bagi macam-macam dugaan kat aku, dari bayi sampai aku dah dewasa, boleh jadi mak orang dah. tapi aku tetap sama, mengapa? siapa boleh tolong jawab soalan aku?

kenapa aku tak boleh nak ubah diri aku jadi yang lebih baik dari semalam?

kenapa aku sentiasa nak menjerumuskan diri pada benda-benda yang tentu merosakkan aku, memudaratkan aku, menghancurkan aku? (aku tak hisap rokok, tak mabuk semua eh, maksud aku perkara lain)

kenapa eh?

tolong la aku?

boleh?

*muka kosong.