Sabtu, Mac 28, 2009

admit it

kadang-kadang kita tak tahu yang kita dah buat salah, sekalipun kita cermin diri kita beberapa hari, kita belum tentu nampak apa yang tak betul && silap apa yang kita dah buat.

yang menilai kita, orang-orang yang berada di sekeliling kita,yang ada berhampiran dengan kita.

tapi pandangan orang juga berbeza-beza, tak ada yang sama, mungkin pada asasnya ia sama.

jadi kalau kita perasan dan sedar salah dan silap yang kita dah buat, terima dan mengaku sahaja,&& kemudian kita fikirkan balik macam mana kita nak betulkan diri kita.

semua orang cakap tak ada manusia yang sempurna sifat luar dan dalam, kalau fizikal kita sempurna secantik bidadari, tapi dari dalam tak mungkin kita seindah itu,

tapi kalau fizikal kita tidak sempurna, cacat anggota tubuh badan, muka bengis macam pembunuh bersiri, tak semestinya hati dia busuk dan perangai macam syaitan.

jadi, belajar renung-renung pasal diri kita, pasal sikap kita, apa orang cakap kita terima, kita telan aje, walau pahit, walau kita tak suka, tapi yang itulah yang akan membolehkan kita untuk perbaiki diri kita, bukan untuk jadi yang lebih teruk dari itu.

dan kalau boleh, jauh-jauhkan lah hidup iri hati, berhasad dengki, busuk hati. sebab benda-benda tuh semua tak mendatangkan apa-apa faedah pada kita. cuba jalani hidup yang sihat, insyaAllah semua benda pun jadi senang pada kita.

p/s:aku sedar aku pun bukan baik, mulut jahat, suka kata orang suka kutuk orang, tapi aku sebolenya nak cuba hindar && elak dah sifat-sifat tak elok ni. sebab sememangnya, benda-benda macam nih, tak pernah menguntungkan aku.

fikirlah sedalam-dalamnya.

Khamis, Mac 26, 2009

untuk seseorang part II

haha, hari ini memang kelakar. seseorang tuh benar-benar terasa dengan statement aku, masakan tidak. apa yang aku coretkan ada saja yang dibalasnya, tapi feedback dari seseorang itu, langsung tidak mengguris hati aku. langsung tidak menaik amarah aku, cuma ada 1 je perasaan, GELIHATI.

yalah, terkadang aku menjadi bodoh kerana melayan dia itu. tapi aku bukan sebodoh dia untuk memaki-maki dan mengejek-ejek atau menghina-hina. cuma yang aku boleh kata, dia benar-benar bodoh dan benar-benar bangang. Haha. cuma dia itu tidak tahu. hihi.

lelaki yang berperangai kebudak-budakan. eh?lelaki ke? bukan la, budak lelaki. umurnya pula baru 17tahun 8bulan, belum pun sampai 18tahun. hihi. siapa dia? anda ingin tahu siapa dia? hihi. nanti yang seterusnya aku tunjukkan ya.

*senyum sampai gigi

ya, aku memang merasa bodoh apabila melayan si bodoh itu, tapi aku rasa hati aku tidaklah sakit, sesakit hati dia sehingga melempar kata-kata kesat padaku, yang menghina aku kerana aku tiada AYAH sepertinya, langsung tidak memberi kesan pada aku. benar, LANGSUNG TIDAK.

katanya aku gemuk bodoh dengan tanda seru. nampak benar yang dia terasa dengan statement aku. ya, benar aku gemuk && kadang-kadang juga bodoh. tapi bodohnya aku membolehkan aku membuka dan mengusahakan sebuah kedai dengan sendiri, makan dengan duit usaha sendiri, bodoh aku, ada jugalah sekeping sijil dari politeknik. bodoh aku juga, dari aku habis sekolah sampai sekarang aku berjaya membawa diri ke tempat orang, menghabiskan sekolah di perak, menyambung pelajaran di pahang dan johor, dan bekerja sehingga ke pulau pinang dan kedah, dan membuka perniagaan di kuantan, pahang. dan pada aku gemuk itu tidak memberi masalah pada siapa-siapa. kerana setahu aku kau juga ada rakan gemuk yang baru habis PMR yang bercinta dengan budak pasir gudang secara maya yakni couple dalam myspace.

jadi yang kau katakan aku gemuk, makanya kau tidak ada kawan yang gemuk kah? hihi. kelakar benar kau. dan kau kata ketiak ku berbulu, eh, kan benar manusia itu ketiaknya berbulu. sama ada lebat atau tidak, dan cukur atau tidak. itu aja yang membezakan nya, dan dari perspektif mana kau pernah nampak bulu ketiak ku yang beberapa helai itu. hihi. dan kau kata lagi diriku ini berkurap, disitu aku sendiri pelik. pernahkah kau melihat tubuh aku dalam keadaan berbogel? dan di mana pulang kurap yang kau nampak itu ya? i'm wondering......

hihi,benar-benar kelakar lah awak nih. statement-statement awak semuanya menunjukkan yang awak kebudak-budakan, ya, dan awak benar-benar bangga bukan? haha, baguslah, awak memang jantan sebenar! yay!

kau kata aku buat propaganda memecah belahkan kawan-kawan kau? mana buktinya wahai si busuk? jika benar aku yang salah mengapa kau tidak membawa kawan-kawan kau yang aku pecah belahkan itu? atau kau dan mereka hanya berani mengata belakang? haha. benar, kau hanya berani berkata di belakang aku, dan hanya dalam myspace aja kau berani mengepos buletin. kan? kalau kau berani mengapa tidak kau datang aja di kedai aku? tunjuk hero dan hensem dalam drama persahabatan kau ni?? haha, setakat kau cerita pada budak-budak belasan tahun yang belum tumbuh bulu pubis tuh, dan kemudian kau suruh pula mereka add aku dan kekasih aku dalam myspace? apa yang kau ada sebenarnya wahai si busuk?

yang kelakar pula, kau tidak suka seorang budak ni, tapi kau pula boleh suruh budak yang kau tidak suka nih jangan melepak dengan aku dan kekasih aku? siapakah kau untuk arahkan orang mengikut kata kau? oh ya, lupa kau kan orang paling berpengaruh dan hebat dalam negeri pahang nih, jadi mestilah semua orang kena ikut segala kata-kata kau. hihi. besar pengaruh kau dalam negeri pahang ni ya?

kalau nak cerita perihal kau memang banyak, silap-silap boleh buat satu buku mengenai jejaka hardcore paling hebat mosh dan hot masakini.

tapi aku tak mahulah cerita banyak-banyak tentang kau, kira penghormatan menulis tentang kau dalam blog aku dah cukup besar, lagipun muak juga orang nak baca tentang kau je. tapi kalau permintaan tinggi, mungkin aku akan sambung cerita pasal kau lagi.

cukuplah, nanti ada orang dengki aku buat blog, dan nanti dia pun nak jadi blogger sebab katanya dia pun pandai membebel. hihi.

dan aku masih menunggu si busuk ini tampil ke kedai aku, kerana dia adalah seorang samseng yang paling hebat di negeri pahang ini.aku hanyalah insan kerdil yang sangat lemah dan tidak punya ayah sepertinya. haha.

Ahad, Mac 22, 2009

hari ini hari kelakar

aku macam nak terketawa sangat-sangat hari ini. aku rasa aku bersengketa dengan orang lain. tapi ada orang lain pula terasa dengan perlakuan aku ni. sampai kan dia memberi feedback terhadap kata -kata aku yang mungkin kutujukan pada orang lain, tapi agaknya benar yang dia memang terasa. kerana dia memang orang yang begitu.haha.

Sabtu, Mac 21, 2009

untuk seseorang

haha, rasa nya dah hampir seminggu aku tak update blog aku.

ok, kali ini aku tulis entri ini memang betul-betul untuk ditujukan pada seseorang,

sebenarnya aku rasa kelakar sangat, && kadang-kadang bodoh juga sebab bertindak balas pada seseorang itu,tapi nak buat macam mana? dia memaksa aku untuk bertindak bodoh macam dia, tapi taklah sebodoh dia. hihi. kiranya tindakan bodoh aku sebab menulis blog semata-mata kerana dia. penghormatan yang BESAR tuh wey.

begini,

kalau seseorang meminjam barang kau, mesti orang itu perlu memulangkan barang itu, lagi-lagi pulak, tempoh meminjam itu, dah berbulan-bulan. tuh nasib baik aku tak caj apa-apa sepanjang peminjaman barang tersebut. && sebab agak lama, mestilah kita memang ingin kembali barang itu kan? sebab dia meminjam kan??

tapi aku tak tau la, kerana kekasih aku meminta barang aku yang dipinjam,tiba-tiba dia bangkitkan hal yang lain;

  1. bayar assignment yang kekasih aku buat menggunakan printer dia.
  2. bayar makanan yang aku dan kekasih aku makan di rumah dia.
  3. bayar gaji dia yang berharga RM30.00
  4. dan katanya semua itu hak dia dan dia ada hak untuk bersuara.

ok, begini.

  1. suatu malam aku sedang menolong kekasihku membuat assignment, dan aku perlu mencetak kerja-kerja yang telah siap, makanya tiba-tiba ada seorang itu yang menawarkan kerja-kerja itu dicetak dirumahnya, menggunakan printer dia. setelah selesai, kekasihku ingin membayar segala cetakan-cetakan itu, tapi katanya tidak perlu bayar. jadi disini, hak apa yang dikatanya aku dan kekasih perlu bayar.
  2. kalau ada orang yang datang rumah kau, diajak pula oleh kau. dan kemudiannya pula kau jamu dia dengan makanan yang ada dirumah kau, walau tak semahal makan di coffee street atau di secret recipe. errrrrmmm, pernah dengar ke, orang yang dijemput datang ke rumah kau itu perlu bayar makanan yang dimakan di rumah kau? haaa. itulah yang terjadinya pada aku. aku disuruh membayar makanan yang dimakan dirumah seseorang itu, tak nampak pula rumahnya itu macam cafe @ kedai makan. hihi, jadi apa sebabnya aku perlu bayar yaaaaaa? hurmm. i'm wondering.
  3. ok, orang itu telah bekerja di kedai aku selama 2 hari, di mana kerjanya hanyalah mengambil pesanan dan menghantar pesanan. pelanggan di kedai aku nih tidak lah seramai restoran McDonalds atau restoran Insaf Indah yang selang 2, 3 kedai dari kedai aku. jadi aku perlu membayar gajinya, tapi aku telah menyerahkan gajinya pada seorang rakan yang katanya dia akan sampaikan gaji itu pada orang itu, kata rakan itu, dia mahu meminjam tapi dia sendiri akan memberitahu yang dia ingin meminjam wang itu. dan aku pula pada waktu itu tidak berurusan dengan orang itu kerana perangainya yang macam serabut macam orang yang tak ada pendirian, kejap itu kejap ini. jadi untuk seketika itu, aku memang tidak melayan orang yang 'boloq' itu. tapi memang silap aku disini kerana aku fikir yang rakan itu sudah mengganti@menyampai gaji itu pada orang itu. ya, aku silap. tapi orang itu pun telah tahu perkara yang sebenar, dan dia juga sudah berurusan dengan rakan itu dan meminta rakan itu membayar semula wang gajinya. tup tup pula, sekarang ini dia minta aku pula yang bayar gajinya. kan macam orang tiada pendirian kan? kejap itu kejap ini pula, kan?
  4. dan orang itu bercakap tentang hak? hak yang macam mana pula.hak yang tiba-tiba dari mana datangnya. cuba kalau aku yang bangkitkan hak - hak aku?
  • ya, hak aku. hurmm. kiranya kau perlu bayar aku kerana disuruh mewarnakan rambut kau dan keadaan kau waktu itu agak menjengkelkan kerana tidak sabar-sabar nak tengok warna rambut kau yang "cool" tu.
  • kiranya kau juga perlu bayar aku kerana memasakkan makanan dirumah kau yang selepas itu dimakan oleh aku yang hanya beberapa ketul dan kerat dan selepas itu aku diminta pula membayar kerana memakan makanan yang semurah Kentucky Fried Chicken itu.
  • kiranya juga kau perlu membayar sewa barang yang kau pinjam dari aku kerana tempoh yang kau pinjam agak lama, dan aku tidak tau pula jika masih elok atau tidak barang yang kau pinjam itu.
  • kiranya kau perlu membayar duit minyak dan upah kekasih aku kerana membawa kau mencari-cari dye untuk rambut kau.
  • kiranya kau juga perlu membayar setiap minit yang kau guna untuk melayari myspace kau di laptop aku.
  • kiranya kau perlu bayar aku dan kekasih aku untuk nombor telefon awek yang kau minta-minta kerana gersang dan kerana mak dan ayah kau tiada di rumah waktu itu. walaupun satu je nombor telefon, tapi hak aku kan?kan?
  • kiranya kau perlu bayar kekasih aku kerana bersusah payah dan membuang masa semata untuk mencari kasut untuk kau pakai.
  • dan kiranya juga kau perlu membayar aku dan kekasih aku kerana membuang masa melayan karenah kau dan dan 'adik-adik' kau yang baru habis PMR itu yang juga baru nak UP, yang mula-mula kau kawan && then tak kawan sebab kau kata koya dan kemudian kau kawan balik. kan betul macam orang tak ada pendirian. 
  • dan kiranya kau perlu membayar untuk semua masa-masa aku dan kekasih aku luangkan untuk kau, untuk melayan kau yang serabut entah apa-apa, yang kejap orang itu cakap itu, dia jadi itu, kalau aku cakap ini, dia jadi ini pula. yang memang serabut serta menyusahkan ramai orang lah. dan pendek kata senanglah, KAU INI MEMANG TAK ADA PENDIRIAN, SERTA MENYUSAHKAN ORANG. KAU MEMANG TAK TAU KAN? SEBAB KAU KAN YANG PALING ORANG SUKA.

dan hari ini katanya dia ingin datang memulangkan barang aku itu, tapi dari siang sampai ke tengah malam, tidak muncul-muncul pula. ya lah, dia kan orang berpengaruh yang perlu datang bersama 'abang-abangnya' untuk menunjukkan betapa samseng nya dan betapa berani matinya dia kerana ingin menuntuk haknya.

dan aku dan kekasih aku hanya berdiri disini berdua tanpa orang-orang lain atau "back-up" menunggu orang itu datang bersama 'abang-abangnya' yang fikirnya boleh membelasah kami kerana tidak membayar gajinya dan tidak membayar segala hak-haknya. dan kami hanya menunggu ketibaan yang amat-amat berhormat itu.

*senyum redha.

hihi.

aku menulis bukan kerana marah, tapi kerana kelakar. 

:)

Jumaat, Mac 13, 2009

aneh benar

pertama,aku rasa macam nak ketawa sambil golek-golek atas jalan,

kerana aku sudah tersilap meletak diri dalam kalangan-kalangan orang yang bodoh,

di mana mereka berfikir menggunakan emosi dan nafsu,

dan menolak ketepi akal fikiran yang waras.

dimana lojiknya satu-satu perkara yang terjadi, 

dan apa sebabnya perkara itu terjadi tidak diambil berat,

yang difikir hanyalah emosi dan nafsu amarah yang entah apa-apa macam india mabuk tunjuk samseng sambil korek jubor.

haha.

kadang-kadang aku pun sendiri macam tuh jugak,

tapi lepas tuh aku sendiri akan fikir balik rasional perkara tersebut.

BUKAN MAIN HENTAM && MAIN CAKAP JE!

nak cakap kena ada alasan yang kukuh,

tak boleh main cakap aje,

nanti orang tanya kenapa,

mulut nganga,

habis kuat pun,

pusing cerita jadi pretzels auntie anne's,

tau macam mana?

macam nombor 8,

kan berbelit tuh.

entahlah, kadang aku pun jadi bodoh sebab ter salah bergaul dengan orang yang bodoh,

aku ingat mereka-mereka ini jenis yang lek lek sudeeeeyyyhhhhh,

rupanya kuat touching doooeee.

haha,kelakar sungguh.

orang itu begini, kau bangga dengan begini,

orang itu begitu, kau bangga dengan begitu,

WEYH, MANA PENDIRIAN KAU?

haha,

baru ku tau orang seperti kau nih ibarat lalang-lalang yang ditiup angin,

ke kiri lalang itu ditiup makanya kekiri lah kan?

maka begitulah sebaliknya,

MEMANG TAK ADA PENDIRIAN,

BETUL.

&& SEBENARNYA APA YANG ORANG-ORANG MACAM NI PERTAHANKAN DALAM HIDUP DIORANG EH?

hurmm.

i'm wondering..

BUT TO ME,IT DOESNT MATTER,

PEOPLE CAN TALK BOUT ME,

PEOPLE CAN JUDGE ME,

BUT AS LONG I KNOW WHAT IS RIGHT, AND WHAT IS NOT RIGHT FOR ME,

I THINK I CAN LIVE A BETTER LIFE.

*senyum lebar.

happy izit?

haha, aku rasa macam nak ketawa sepuasnya.
aku tak tau kenapa,
tapi memang seronok,
seronok sangat-sangat,
aku rasa puas hati,
puas sepuasnya,
aku rasa macam nak lonjak-lonjak,lompat-lompat,
wwwwwoohoo,
seronok wo.

oklah,
sini seronok gila.

siapa boleh bagi aku cheesy wedges?

Rabu, Mac 11, 2009

heartless

aku da banyak kali tergerak nak tulis entri ni,
tapi tangan aku berat nak menaip, & otak aku yang malas nak berfikir buat aku tertangguh²,
di kala aku menaip entri ini,
hati aku bagaikan dah tak ada rasa apa-apa.


aku sendiri rasa muak & jelek,
aku muak & jelek dengan keadaan sekeliling aku,
sumpah, kalau aku diberi pilihan,
nak je aku select orang-orang yang membuat aku muak & jelek ni & then terus delete je dari pandangan mata aku.



haih,
sungguh-sungguh aku penat bila terpaksa berhadapan dengan benda yang macam ni.
cuba berada di tempat aku,
dan kau sendiri akan tau,
dan kau sendiri akan seboleh-boleh tak mahu menjadi diri aku.

susah, memang susah,
orang cuma tahu bercakap, bercakap dan seterusnya bercakap,
dan seterusnya menuding jari,

senang kan?
aku sendiri bukan pemberani, pemberani tepu yang akan cakap,

"weyh, aku tak suka la dengan kau,"

"aku tak nak ar kawan dengan kau, dah la menyusahkan"

"kau nih perangai macam sial lah, aku menyampah ar nak kawan dengan kau"

paling tidak pun, aku akan buat macam biasa,
buat macam tak ada apa,
senyum-senyum && ketawa-ketawa sampai tak ingat dunia.
ye, kita semua memang hipokrit,
sangat² lah hipokrit,

memang semua orang pandai sangat bercakap,
pandai sangat-sangat,sampai tak sedar apa yang dicakap kan tuh,
sebenarnya merujuk kepada diri sendiri,
cuma tak reti nak cermin je diri tu,
dan tak reti nak ukur baju kat badan sendiri,

tau menghukum orang lain kerana perbuatan orang lain,
dan meletakkan diri sendiri di tempat yang tiada salah langsung.

aku betul-betul benci,
benci dengan orang-orang yang sentiasa meletak diri mereka dalam golongan orang 'bagus-bagus',
macam tak pernah buat salah,
bila orang lain disuruh meminta maaf,
disuruh pula mengaku salah,
katanya,
tiada manusia yang sempurna,
lagi banyak silap yang biasa dilakukan,
tapiiiiii,
diri sendiri tidak mahu pula meminta maaf,
malah mengaku salah lagilah tidak,
TAU CAKAP AJA,
YEEEE, TAU CAKAP AJA,
makanya,
orang-orang ini 'bagus' lah jadinya,
dipuja-puja kerana kelakuannya sangatlah 'bagus',
disokong padu & kuat oleh yang sekelilingnya,

"ya, kau sangat bagus"

"aku sokonglah cara kau"

"kau best gila, berani betul cakap macam tu"

ya, sebab aku lah si jahat yang tak 'bagus' itu,

tiada siapa yang menyokong aku,
tiada siapa yang beri semangat gila-gila pada aku,
kerana aku hanyalah orang yang menumpang sebentar,
kerana aku hanyalah orang yang tidak 'bagus',
dan kerana itu lah, jahatnya aku,
belum lagi dibuka pekung-pekung di dada tentang si 'bagus' ini,
belum lagi disenarai tulis buruk-buruknya si 'bagus',

ya, tetaplah aku yang jahat segalanya,
tetaplah aku yang buruk di pengakhirannya.

bosan,
sangat-sangat bosan,
lagilah bosan,
kenapa bosan?

bosan,
sebab kenal dengan orang yang tak faham-faham,
menilai orang itu bukan dengan sifat luarnya,
tapi yang dalam itu, yang jauh-jauh dilubuk-lubuk itu,
sampai kau faham,

tapi kau tetap tak faham-faham,
bencinya aku,
sampai bila kau nak faham?
kau faham sangat prinsip berkawan?
macam mana?cerita pada aku?
sekarang!

pada kau,kawan itu yang ada waktu kau susah,

susah yang macam mana?

susah yang boleh datang ambil kau kat rumah bila kau tak ada kenderaan?

susah yang boleh belanja kau makan bila kau kebulur tak ada duit?

susah yang boleh 'cheer up' bila kau tengah sedih?

susah yang boleh tolong pukul orang yang pukul kau?

susah yang boleh bagi kau awek/pakwe bila kau tengah lonely?

susah yang boleh tolong kau pujukkan awek/pakwe kau yang marah sebab kantol kau date dengan orang lain?

susah yang macam mana lagi?

cerita sama aku.

aku nak tau.

maaf,aku memang tulis entri dalam keadaan yang geram dan marah,

memang aku menujukan entri ini pada orang-orang tertentu,

maaf juga aku tak berani lagi nak bersemuka dan menjeritkan apa yang aku rasa sekarang ini,

sebab aku memang tak berani.

maaf, maaf, maaf dan maaf,

aih, kenapa perlu minta maaf banyak-banyak,

kau bukan buat salah,

eh, salah la.

aku yang bersalah kerana aku adalah aku.

Rabu, Mac 04, 2009

aku rindu..

ok, kali ni macam dah ada idea nak cerita apa. tapi tiba-tiba.



"g, nescafe habis, makcik lupa nak ghoyak. :)"



.........................



opss.alhamdulillah, kenyang makan nasi goreng.haha.





.........................




aku rindu waktu dulu-dulu.
aku rindu ,
waktu aku habis sekolah dulu, pergi belajar kat cosmopoint dengan husna,
lepas 3bulan belajar kat cosmopoint, pergi carik kerja dengan husna,
kerja promote simcard celcom, tmtouch ngan timecel sampai kena maki-maki,
waktu aku dapat masuk belajar kat kolej shahputra ambil course BUSINESS MANAGEMENT konon,
waktu aku kenal dengan akma yang tidur kat sebelah katil aku, & fasha yang suka pink dan kipas-susah-mati duta SO7,
aku ponteng kelas dengan akma, jalan kaki dari air putih sampai megamall, sambil berhenti beli air orange peel fresh kat petronas,
waktu aku sesat kat galing dengan akma gara-gara nak cari shortcut pergi megamall last-last keluar balik jalan besar,
waktu lompat-lompat dalam bilik tengah malam sebab fasha dapat telefon duta SO7 masa tengah on-air kat red 104,
lepak depan megalanes dengan akma dengan kecik macam orang takde rumah,
ponteng kelas 1 bulan sebab bosan dengan pensyarah yang tak habis-habis bagi teori,
bertumbuk dengan kecik yang sentiasa anggap aku macam seorang lelaki, (mana lah kau kecik)
aku berhenti kolej sebab bosan sangat-sangat dah, & bagi alasan time tuh shahputra punya sijil tak laku sebab tak diiktiraf(ey, betul tau. siap masuk paper lagi)





hurm, tuh cerita 2002. end of year, aku daftar kat POLITEKNIK JB.




aku rindu sangat-sangat time dulu-dulu,
yang paling aku tak boleh lupa,
aku kenal dengan seorang minah nih,
dalam handphone, masa tuh tengah hot chat-chat pakai hotlink, and lagipun time tuh, hotlink baru nak up, mana tak nya, simcard permulaan jer harga dia RM238, (tak caya, tanya abang² & kakak² kau).
aku pakai nick s***gal dan dia pakai nick p***gal,
bermula dengan chat, sampai sms, lepas tuh jumpa, paling kuat jumpa mesti dekat CM, takpun KLCC.
masa tuh masing-masing budak² lagi, tapi dia okey, dia boleh accept aku. beberapa kali jugaklah kitorang lepak sama-sama, tapi aku tak ingat berapa kali.
dia sebenarnya punk girl, yang kelakar time bulan puasa aku pergi jumpa dia kat SOGO, dia pakai tudung, tak pasal kena pakai tudung 1 bulan time bulan puasa.

*senyum sumbing & ketawa.

dari dia belajar kat UNIKL, pastuh masuk pulak UiTM kat lendu, semuanya kat melaka.
dan sampai sekarang pun, cinta dia ada kat melaka.

*senyum sambil tahan air mata.

aku rindu sangat² kat kau shera,
rindu time aku lepak dengan kau kat UiTM menyamar jadi student UiTM,
pusing-pusing satu melaka,
sergah & jerit-jerit orang-orang kat tepi jalan,
kacau mat motor, kau ingat tak mat motor yang hantar pizza tuh kejar kita sebab nak bagi no telefon?
rindu lalu depan pakguard naik kereta aku yang ekzos selalu kena semua bonggol kat UiTM sambil buat muka tak tahu.
rindu kacau-kacau jantan hensem kat UiTM,
rindu gossip-gossip pasal biatch² yang dengki kat kau.
rindu ponteng puasa dengan kau pastu beli kfc,

rindu lepak dengan kau dari malam sampai pagi, pastuh pukul 7 baru nak tido, time buka puasa pun kita tido lagi,
rindu baling mercun bola kat tengah jalan tengah-tengah malam,
sumpah aku rindu kau sangat,rindu semua benda pasal kau.




& aku minta maaf sangat-sangat sebab takde time kau betul-betul ada masalah,
i'm sorry i wasn't there for you.
&& thanks because you're always here, supporting me, even you're far away from here,
thanks, a lot.









i miss you syadatul insyirah.




ini tahun 2006
time nih aku takde keje ngan dorang pergi kacau orang dating kat klebang,
yang tengah tuh, shera & itu adalah saya 3tahun lepas.

lagi, lagi..

haha, aku pening sampai tak tahu nak pakai template mane untuk layout ni. last-last aku pakai yang biasa punya juga. lantaklah, janji orang dapat baca. oops, tajuk ini tak ada kaitan dengan entri ni. haha.


..........................



hurm, lama juga tak update blog. tiap-tiap hari rasa macam ada idea, tapi bila duduk menghadap laptop. otak macam jadi kosong, hilang semua benda pun.tapi kalau aku ada benda yang nak dimuntahkan pun, semua pasal kawan-kawan juga. ye tak? tapi kali ni aku memang malas nak tulis panjang-panjang. lagi pula, mood tengah berterabur campur dengan ketawa orang sebelah sebab tengok dvd kat laptop. haih.

aku cuma nak cakap budak itu memang penakut dan pengecut,
sekian,
lagi satu, kau memang tak ada masa depan.

dah, habis.