Khamis, Ogos 06, 2009

*currently listening di mana aku di sini by naif

fuh, hari ini aku berjaya untuk tidur awal. walaupun tidak tidur seawal budak darjah 6 yang kena tidur jam 10.00 malam. aku berjaya melelapkan mata aku pada jam berapa entah, aku tak pasti sebab mata aku sebelum terlelap, tak sempat nak tengok jam. tapi yang pastinya, waktu itu masih gelap lagi. dan pagi ini aku terjaga awal juga kerana hendak mengejutkan seorang teman pergi ke kelas jam 9.00 pagi. dan sambil aku menulis blog ini, aku makan roti gardenia dengan kaya diikuti dengan bersin tanpa henti, sebab cuaca pagi ini agak berangin.

aku rasa selesa pagi ini sebab aku dapat tidur pada waktu hari masih gelap. sebab kebelakangan ini waktu tidur aku dah bertukar pada hari yang cerah, walau aku punya tidur yang cukup, badan aku tetap rasa penat dan sakit sebab aku tak tidur pada waktu yang betul. dan aku rasa selepas aku selesai menulis blog aku, aku rasa seperti nak sambung tidur.

sebenarnya aku rasa rindu pada seseorang itu, walau aku tau yang dia tak pernah rindu sama aku. tapi biarlah perasaan itu bermain nak terbuai dengan sendiri, sebab aku sendiri tak dapat nak halang rasa itu. walau aku tau dia tak pernah fikirkan tentang aku sebagaimana aku terfikirkan dia hampir setiap masa. rumit. sangat rumit.

dan aku cuba melepaskan semuanya pergi, walau sebenarnya susah. walau aku tiada kenangan terindah bersama dia. mungkin benar, perasaan itu tidak pernah wujud tapi yang ada cuma hanya pura- pura. tapi mungkin juga sudah memang sifat semulajadinya tidak pandai mengambil hati orang, walau hati orang tuanya, dan aku rasa, penyakit itu telah berjangkit pada aku. dan banyak benda yang terjadi aku belajar darinya, ego dan yang paling teruk, tak pernah mengalah walau terang- terang sudah salah. tapi biarlah semua pergi.

aduh, pagi- pagi lagi sudah perasaan. rasa rindu nak telefon, tapi biarlah. mungkin sudah ada yang boleh jadi pemanggil setia nya dan aku tau, orang itu tak mungkin aku lagi. noktah.

haha, tapi saat nih aku cuma terbayang handphone sony ericsson W995. auw, mengancam.

p/s: bila dapat pakai telefon ni.

0 orang cakap cakap: