Rabu, Ogos 05, 2009

new air.

assalammualaikum, sudah lama rasanya aku tidak menulis di blog ini. selalunya sebelum ini, banyak yang kuluahkan pada blog ini. cuma sekarang ini aku tidak mampu lagi untuk meluah seperti yang sebelum-sebelumnya. aku tak tahu mengapa, tapi mungkin kerana kebelakangan ini, banyak perkara yang terjadi. dan kali ini aku benar-benar susah.

tidak seperti sebelumnya hidup dikelilingi kawan sukaria gembira bersama-sama. sekarang aku hanya ada aku. dan aku rasa sebaiknya biarlah aku sentiasa begini, susah atau senang pun aku, aku tetap berdiri di sini. tanpa ada yang menyokong.

memang ada kawan-kawan yang sudi membantu, tapi aku pula bukan jenis mahukan pertolongan orang 100%. cukuplah sekadar membantu aku untuk meneruskan hidup yang makin tua ini.

memang payah dan susah, sebab waktu dikala senang. tidak mahu beringat. dah susah begini, apa yang tinggal?

tak ada apa kan? cuma seorang diri berjalan meneruskan liku-liku dan ranjau yang ada di pertengahan perjalanan dan masih jauh untuk sampai di penghujung jalan. tak mudah kan?

*menguap

dan kebelakangan ini aku mengalami sindrom tidak boleh tidur malam. dan aku sendiri tidak tahu kenapa, walau badan penat dan sakit sekalipun, walau aku tiada apa yang hendak dibuat, mata ini memang tidak mahu melelap pada waktu-waktu yang sepatutnya. paling awal yang aku boleh tidur, pukul 8.00 pagi. dan kitaran tidur aku jadi tunggang terbalik dan kesihatan aku pula dikhuatiri tidak stabil. cukuplah eye bag yang ada pada mataku, yang menunjukkan aku ini memang macam orang tak sihat.

atoyai,

mata dah berair-air dan air hidung pun dah meleleh.

masa untuk aku lelapkan mata sebentar sudah sampai.

kerana petang ini aku ada temu janji untuk keluar tengok wayang bersama anis.

doakan aku sihat.

sekian.

0 orang cakap cakap: