Sabtu, Mac 28, 2009

admit it

kadang-kadang kita tak tahu yang kita dah buat salah, sekalipun kita cermin diri kita beberapa hari, kita belum tentu nampak apa yang tak betul && silap apa yang kita dah buat.

yang menilai kita, orang-orang yang berada di sekeliling kita,yang ada berhampiran dengan kita.

tapi pandangan orang juga berbeza-beza, tak ada yang sama, mungkin pada asasnya ia sama.

jadi kalau kita perasan dan sedar salah dan silap yang kita dah buat, terima dan mengaku sahaja,&& kemudian kita fikirkan balik macam mana kita nak betulkan diri kita.

semua orang cakap tak ada manusia yang sempurna sifat luar dan dalam, kalau fizikal kita sempurna secantik bidadari, tapi dari dalam tak mungkin kita seindah itu,

tapi kalau fizikal kita tidak sempurna, cacat anggota tubuh badan, muka bengis macam pembunuh bersiri, tak semestinya hati dia busuk dan perangai macam syaitan.

jadi, belajar renung-renung pasal diri kita, pasal sikap kita, apa orang cakap kita terima, kita telan aje, walau pahit, walau kita tak suka, tapi yang itulah yang akan membolehkan kita untuk perbaiki diri kita, bukan untuk jadi yang lebih teruk dari itu.

dan kalau boleh, jauh-jauhkan lah hidup iri hati, berhasad dengki, busuk hati. sebab benda-benda tuh semua tak mendatangkan apa-apa faedah pada kita. cuba jalani hidup yang sihat, insyaAllah semua benda pun jadi senang pada kita.

p/s:aku sedar aku pun bukan baik, mulut jahat, suka kata orang suka kutuk orang, tapi aku sebolenya nak cuba hindar && elak dah sifat-sifat tak elok ni. sebab sememangnya, benda-benda macam nih, tak pernah menguntungkan aku.

fikirlah sedalam-dalamnya.

1 orang cakap cakap:

Edna Sinn berkata...

yeah...
revamp diri...
revamp diri...