Khamis, Mac 26, 2009

untuk seseorang part II

haha, hari ini memang kelakar. seseorang tuh benar-benar terasa dengan statement aku, masakan tidak. apa yang aku coretkan ada saja yang dibalasnya, tapi feedback dari seseorang itu, langsung tidak mengguris hati aku. langsung tidak menaik amarah aku, cuma ada 1 je perasaan, GELIHATI.

yalah, terkadang aku menjadi bodoh kerana melayan dia itu. tapi aku bukan sebodoh dia untuk memaki-maki dan mengejek-ejek atau menghina-hina. cuma yang aku boleh kata, dia benar-benar bodoh dan benar-benar bangang. Haha. cuma dia itu tidak tahu. hihi.

lelaki yang berperangai kebudak-budakan. eh?lelaki ke? bukan la, budak lelaki. umurnya pula baru 17tahun 8bulan, belum pun sampai 18tahun. hihi. siapa dia? anda ingin tahu siapa dia? hihi. nanti yang seterusnya aku tunjukkan ya.

*senyum sampai gigi

ya, aku memang merasa bodoh apabila melayan si bodoh itu, tapi aku rasa hati aku tidaklah sakit, sesakit hati dia sehingga melempar kata-kata kesat padaku, yang menghina aku kerana aku tiada AYAH sepertinya, langsung tidak memberi kesan pada aku. benar, LANGSUNG TIDAK.

katanya aku gemuk bodoh dengan tanda seru. nampak benar yang dia terasa dengan statement aku. ya, benar aku gemuk && kadang-kadang juga bodoh. tapi bodohnya aku membolehkan aku membuka dan mengusahakan sebuah kedai dengan sendiri, makan dengan duit usaha sendiri, bodoh aku, ada jugalah sekeping sijil dari politeknik. bodoh aku juga, dari aku habis sekolah sampai sekarang aku berjaya membawa diri ke tempat orang, menghabiskan sekolah di perak, menyambung pelajaran di pahang dan johor, dan bekerja sehingga ke pulau pinang dan kedah, dan membuka perniagaan di kuantan, pahang. dan pada aku gemuk itu tidak memberi masalah pada siapa-siapa. kerana setahu aku kau juga ada rakan gemuk yang baru habis PMR yang bercinta dengan budak pasir gudang secara maya yakni couple dalam myspace.

jadi yang kau katakan aku gemuk, makanya kau tidak ada kawan yang gemuk kah? hihi. kelakar benar kau. dan kau kata ketiak ku berbulu, eh, kan benar manusia itu ketiaknya berbulu. sama ada lebat atau tidak, dan cukur atau tidak. itu aja yang membezakan nya, dan dari perspektif mana kau pernah nampak bulu ketiak ku yang beberapa helai itu. hihi. dan kau kata lagi diriku ini berkurap, disitu aku sendiri pelik. pernahkah kau melihat tubuh aku dalam keadaan berbogel? dan di mana pulang kurap yang kau nampak itu ya? i'm wondering......

hihi,benar-benar kelakar lah awak nih. statement-statement awak semuanya menunjukkan yang awak kebudak-budakan, ya, dan awak benar-benar bangga bukan? haha, baguslah, awak memang jantan sebenar! yay!

kau kata aku buat propaganda memecah belahkan kawan-kawan kau? mana buktinya wahai si busuk? jika benar aku yang salah mengapa kau tidak membawa kawan-kawan kau yang aku pecah belahkan itu? atau kau dan mereka hanya berani mengata belakang? haha. benar, kau hanya berani berkata di belakang aku, dan hanya dalam myspace aja kau berani mengepos buletin. kan? kalau kau berani mengapa tidak kau datang aja di kedai aku? tunjuk hero dan hensem dalam drama persahabatan kau ni?? haha, setakat kau cerita pada budak-budak belasan tahun yang belum tumbuh bulu pubis tuh, dan kemudian kau suruh pula mereka add aku dan kekasih aku dalam myspace? apa yang kau ada sebenarnya wahai si busuk?

yang kelakar pula, kau tidak suka seorang budak ni, tapi kau pula boleh suruh budak yang kau tidak suka nih jangan melepak dengan aku dan kekasih aku? siapakah kau untuk arahkan orang mengikut kata kau? oh ya, lupa kau kan orang paling berpengaruh dan hebat dalam negeri pahang nih, jadi mestilah semua orang kena ikut segala kata-kata kau. hihi. besar pengaruh kau dalam negeri pahang ni ya?

kalau nak cerita perihal kau memang banyak, silap-silap boleh buat satu buku mengenai jejaka hardcore paling hebat mosh dan hot masakini.

tapi aku tak mahulah cerita banyak-banyak tentang kau, kira penghormatan menulis tentang kau dalam blog aku dah cukup besar, lagipun muak juga orang nak baca tentang kau je. tapi kalau permintaan tinggi, mungkin aku akan sambung cerita pasal kau lagi.

cukuplah, nanti ada orang dengki aku buat blog, dan nanti dia pun nak jadi blogger sebab katanya dia pun pandai membebel. hihi.

dan aku masih menunggu si busuk ini tampil ke kedai aku, kerana dia adalah seorang samseng yang paling hebat di negeri pahang ini.aku hanyalah insan kerdil yang sangat lemah dan tidak punya ayah sepertinya. haha.

2 orang cakap cakap:

Tanpa Nama berkata...

ramai betul yg x suke dgn ko kn.. ko rasa kenape..? masalah tu dtg dr ko atau dorg..? kalau dh ramai sgt x suke ko, masalah tu berpunca dr diri sendiri.. kesian betul hidup ko x disukai org ramai.. bunuh diri la lagi bagus ko ni.. =)

Edna Sinn berkata...

hoh sapekah???
jgn lyn ogy...
bdk2 x abes skolah ni buang mase je...
bkn level diorang nak lwn dgn kite...