Sabtu, Mac 21, 2009

untuk seseorang

haha, rasa nya dah hampir seminggu aku tak update blog aku.

ok, kali ini aku tulis entri ini memang betul-betul untuk ditujukan pada seseorang,

sebenarnya aku rasa kelakar sangat, && kadang-kadang bodoh juga sebab bertindak balas pada seseorang itu,tapi nak buat macam mana? dia memaksa aku untuk bertindak bodoh macam dia, tapi taklah sebodoh dia. hihi. kiranya tindakan bodoh aku sebab menulis blog semata-mata kerana dia. penghormatan yang BESAR tuh wey.

begini,

kalau seseorang meminjam barang kau, mesti orang itu perlu memulangkan barang itu, lagi-lagi pulak, tempoh meminjam itu, dah berbulan-bulan. tuh nasib baik aku tak caj apa-apa sepanjang peminjaman barang tersebut. && sebab agak lama, mestilah kita memang ingin kembali barang itu kan? sebab dia meminjam kan??

tapi aku tak tau la, kerana kekasih aku meminta barang aku yang dipinjam,tiba-tiba dia bangkitkan hal yang lain;

  1. bayar assignment yang kekasih aku buat menggunakan printer dia.
  2. bayar makanan yang aku dan kekasih aku makan di rumah dia.
  3. bayar gaji dia yang berharga RM30.00
  4. dan katanya semua itu hak dia dan dia ada hak untuk bersuara.

ok, begini.

  1. suatu malam aku sedang menolong kekasihku membuat assignment, dan aku perlu mencetak kerja-kerja yang telah siap, makanya tiba-tiba ada seorang itu yang menawarkan kerja-kerja itu dicetak dirumahnya, menggunakan printer dia. setelah selesai, kekasihku ingin membayar segala cetakan-cetakan itu, tapi katanya tidak perlu bayar. jadi disini, hak apa yang dikatanya aku dan kekasih perlu bayar.
  2. kalau ada orang yang datang rumah kau, diajak pula oleh kau. dan kemudiannya pula kau jamu dia dengan makanan yang ada dirumah kau, walau tak semahal makan di coffee street atau di secret recipe. errrrrmmm, pernah dengar ke, orang yang dijemput datang ke rumah kau itu perlu bayar makanan yang dimakan di rumah kau? haaa. itulah yang terjadinya pada aku. aku disuruh membayar makanan yang dimakan dirumah seseorang itu, tak nampak pula rumahnya itu macam cafe @ kedai makan. hihi, jadi apa sebabnya aku perlu bayar yaaaaaa? hurmm. i'm wondering.
  3. ok, orang itu telah bekerja di kedai aku selama 2 hari, di mana kerjanya hanyalah mengambil pesanan dan menghantar pesanan. pelanggan di kedai aku nih tidak lah seramai restoran McDonalds atau restoran Insaf Indah yang selang 2, 3 kedai dari kedai aku. jadi aku perlu membayar gajinya, tapi aku telah menyerahkan gajinya pada seorang rakan yang katanya dia akan sampaikan gaji itu pada orang itu, kata rakan itu, dia mahu meminjam tapi dia sendiri akan memberitahu yang dia ingin meminjam wang itu. dan aku pula pada waktu itu tidak berurusan dengan orang itu kerana perangainya yang macam serabut macam orang yang tak ada pendirian, kejap itu kejap ini. jadi untuk seketika itu, aku memang tidak melayan orang yang 'boloq' itu. tapi memang silap aku disini kerana aku fikir yang rakan itu sudah mengganti@menyampai gaji itu pada orang itu. ya, aku silap. tapi orang itu pun telah tahu perkara yang sebenar, dan dia juga sudah berurusan dengan rakan itu dan meminta rakan itu membayar semula wang gajinya. tup tup pula, sekarang ini dia minta aku pula yang bayar gajinya. kan macam orang tiada pendirian kan? kejap itu kejap ini pula, kan?
  4. dan orang itu bercakap tentang hak? hak yang macam mana pula.hak yang tiba-tiba dari mana datangnya. cuba kalau aku yang bangkitkan hak - hak aku?
  • ya, hak aku. hurmm. kiranya kau perlu bayar aku kerana disuruh mewarnakan rambut kau dan keadaan kau waktu itu agak menjengkelkan kerana tidak sabar-sabar nak tengok warna rambut kau yang "cool" tu.
  • kiranya kau juga perlu bayar aku kerana memasakkan makanan dirumah kau yang selepas itu dimakan oleh aku yang hanya beberapa ketul dan kerat dan selepas itu aku diminta pula membayar kerana memakan makanan yang semurah Kentucky Fried Chicken itu.
  • kiranya juga kau perlu membayar sewa barang yang kau pinjam dari aku kerana tempoh yang kau pinjam agak lama, dan aku tidak tau pula jika masih elok atau tidak barang yang kau pinjam itu.
  • kiranya kau perlu membayar duit minyak dan upah kekasih aku kerana membawa kau mencari-cari dye untuk rambut kau.
  • kiranya kau juga perlu membayar setiap minit yang kau guna untuk melayari myspace kau di laptop aku.
  • kiranya kau perlu bayar aku dan kekasih aku untuk nombor telefon awek yang kau minta-minta kerana gersang dan kerana mak dan ayah kau tiada di rumah waktu itu. walaupun satu je nombor telefon, tapi hak aku kan?kan?
  • kiranya kau perlu bayar kekasih aku kerana bersusah payah dan membuang masa semata untuk mencari kasut untuk kau pakai.
  • dan kiranya juga kau perlu membayar aku dan kekasih aku kerana membuang masa melayan karenah kau dan dan 'adik-adik' kau yang baru habis PMR itu yang juga baru nak UP, yang mula-mula kau kawan && then tak kawan sebab kau kata koya dan kemudian kau kawan balik. kan betul macam orang tak ada pendirian. 
  • dan kiranya kau perlu membayar untuk semua masa-masa aku dan kekasih aku luangkan untuk kau, untuk melayan kau yang serabut entah apa-apa, yang kejap orang itu cakap itu, dia jadi itu, kalau aku cakap ini, dia jadi ini pula. yang memang serabut serta menyusahkan ramai orang lah. dan pendek kata senanglah, KAU INI MEMANG TAK ADA PENDIRIAN, SERTA MENYUSAHKAN ORANG. KAU MEMANG TAK TAU KAN? SEBAB KAU KAN YANG PALING ORANG SUKA.

dan hari ini katanya dia ingin datang memulangkan barang aku itu, tapi dari siang sampai ke tengah malam, tidak muncul-muncul pula. ya lah, dia kan orang berpengaruh yang perlu datang bersama 'abang-abangnya' untuk menunjukkan betapa samseng nya dan betapa berani matinya dia kerana ingin menuntuk haknya.

dan aku dan kekasih aku hanya berdiri disini berdua tanpa orang-orang lain atau "back-up" menunggu orang itu datang bersama 'abang-abangnya' yang fikirnya boleh membelasah kami kerana tidak membayar gajinya dan tidak membayar segala hak-haknya. dan kami hanya menunggu ketibaan yang amat-amat berhormat itu.

*senyum redha.

hihi.

aku menulis bukan kerana marah, tapi kerana kelakar. 

:)

0 orang cakap cakap: