Rabu, Mac 11, 2009

heartless

aku da banyak kali tergerak nak tulis entri ni,
tapi tangan aku berat nak menaip, & otak aku yang malas nak berfikir buat aku tertangguh²,
di kala aku menaip entri ini,
hati aku bagaikan dah tak ada rasa apa-apa.


aku sendiri rasa muak & jelek,
aku muak & jelek dengan keadaan sekeliling aku,
sumpah, kalau aku diberi pilihan,
nak je aku select orang-orang yang membuat aku muak & jelek ni & then terus delete je dari pandangan mata aku.



haih,
sungguh-sungguh aku penat bila terpaksa berhadapan dengan benda yang macam ni.
cuba berada di tempat aku,
dan kau sendiri akan tau,
dan kau sendiri akan seboleh-boleh tak mahu menjadi diri aku.

susah, memang susah,
orang cuma tahu bercakap, bercakap dan seterusnya bercakap,
dan seterusnya menuding jari,

senang kan?
aku sendiri bukan pemberani, pemberani tepu yang akan cakap,

"weyh, aku tak suka la dengan kau,"

"aku tak nak ar kawan dengan kau, dah la menyusahkan"

"kau nih perangai macam sial lah, aku menyampah ar nak kawan dengan kau"

paling tidak pun, aku akan buat macam biasa,
buat macam tak ada apa,
senyum-senyum && ketawa-ketawa sampai tak ingat dunia.
ye, kita semua memang hipokrit,
sangat² lah hipokrit,

memang semua orang pandai sangat bercakap,
pandai sangat-sangat,sampai tak sedar apa yang dicakap kan tuh,
sebenarnya merujuk kepada diri sendiri,
cuma tak reti nak cermin je diri tu,
dan tak reti nak ukur baju kat badan sendiri,

tau menghukum orang lain kerana perbuatan orang lain,
dan meletakkan diri sendiri di tempat yang tiada salah langsung.

aku betul-betul benci,
benci dengan orang-orang yang sentiasa meletak diri mereka dalam golongan orang 'bagus-bagus',
macam tak pernah buat salah,
bila orang lain disuruh meminta maaf,
disuruh pula mengaku salah,
katanya,
tiada manusia yang sempurna,
lagi banyak silap yang biasa dilakukan,
tapiiiiii,
diri sendiri tidak mahu pula meminta maaf,
malah mengaku salah lagilah tidak,
TAU CAKAP AJA,
YEEEE, TAU CAKAP AJA,
makanya,
orang-orang ini 'bagus' lah jadinya,
dipuja-puja kerana kelakuannya sangatlah 'bagus',
disokong padu & kuat oleh yang sekelilingnya,

"ya, kau sangat bagus"

"aku sokonglah cara kau"

"kau best gila, berani betul cakap macam tu"

ya, sebab aku lah si jahat yang tak 'bagus' itu,

tiada siapa yang menyokong aku,
tiada siapa yang beri semangat gila-gila pada aku,
kerana aku hanyalah orang yang menumpang sebentar,
kerana aku hanyalah orang yang tidak 'bagus',
dan kerana itu lah, jahatnya aku,
belum lagi dibuka pekung-pekung di dada tentang si 'bagus' ini,
belum lagi disenarai tulis buruk-buruknya si 'bagus',

ya, tetaplah aku yang jahat segalanya,
tetaplah aku yang buruk di pengakhirannya.

bosan,
sangat-sangat bosan,
lagilah bosan,
kenapa bosan?

bosan,
sebab kenal dengan orang yang tak faham-faham,
menilai orang itu bukan dengan sifat luarnya,
tapi yang dalam itu, yang jauh-jauh dilubuk-lubuk itu,
sampai kau faham,

tapi kau tetap tak faham-faham,
bencinya aku,
sampai bila kau nak faham?
kau faham sangat prinsip berkawan?
macam mana?cerita pada aku?
sekarang!

pada kau,kawan itu yang ada waktu kau susah,

susah yang macam mana?

susah yang boleh datang ambil kau kat rumah bila kau tak ada kenderaan?

susah yang boleh belanja kau makan bila kau kebulur tak ada duit?

susah yang boleh 'cheer up' bila kau tengah sedih?

susah yang boleh tolong pukul orang yang pukul kau?

susah yang boleh bagi kau awek/pakwe bila kau tengah lonely?

susah yang boleh tolong kau pujukkan awek/pakwe kau yang marah sebab kantol kau date dengan orang lain?

susah yang macam mana lagi?

cerita sama aku.

aku nak tau.

maaf,aku memang tulis entri dalam keadaan yang geram dan marah,

memang aku menujukan entri ini pada orang-orang tertentu,

maaf juga aku tak berani lagi nak bersemuka dan menjeritkan apa yang aku rasa sekarang ini,

sebab aku memang tak berani.

maaf, maaf, maaf dan maaf,

aih, kenapa perlu minta maaf banyak-banyak,

kau bukan buat salah,

eh, salah la.

aku yang bersalah kerana aku adalah aku.

0 orang cakap cakap: